Kerja-kerja keamanan dan kemanusiaan Murugan Chillayah

Konvensyen untuk mentakrif suku kaum global

Guruji Murugan bertemu Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan beberapa delegasi-delegasi dari Universiti Malaya dalam pertemuan “Redefining Global Tribes” yang dianjurkan oleh Sarawak Convention Bureau di Kuala Lumpur, 2017.

Pada tahun 2017, Biro Konvensyen Sarawak (Sarawak Convention Bureau) telah menjemput Guruji Murugan di Kuala Lumpur, Malaysia dalam usaha membawa komuniti seni tradisional India, institusi pengajian tinggi, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan beberapa organisasi-organisasi yang berkaitan dengan suku kaum untuk bersatu dalam membina identiti yang lebih kukuh untuk ekonomi Malaysia. Konvensyen ini telah dianjurkan dengan sokongan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

Forum Dasar Tadbir Urus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-IGF)

Beliau memulakan beberapa siri kursus amali berkaitan nilai-nilai murni dan kerohanian yang terkandung didalam seni tradisi India, mengembara untuk memberi ceramah dan mengatur persidangan di Malaysia dan di seluruh dunia tentang seni tradisional India dan sains purba dengan membawa ke dalam sistem pendidikan dan platform teknologi. Beliau juga membantu komuniti untuk menyediakan beberapa program latihan dan membimbing mereka untuk menyusun semula pusat latihan untuk pendedahan yang lebih baik untuk komuniti di seluruh dunia. Pada 2018, beliau pergi ke ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) Paris di negara Perancis untuk Forum Dasar Tadbir Urus Internet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations IGF), dalam usaha membawa seni, budaya dan tradisional India kedalam platform teknologi bagi meningkatkan kerja-kerja pembangunan yang bertaraf antarabangsa dan menonjolkan seni tradisional India di mata dunia.[13]

Penandatangan untuk hak asasi manusia antarabangsa

Dunia kini telah dilanda dengan pelbagai krisis, termasuk pandemik COVID-19, krisis kesihatan lain-lain, masalah pendidikan atau buta huruf, bencana alam, perubahan iklim yang semakin memuncak, konflik perang di Ukraine melanda komuniti yang rapuh, sehingga mengakibatkan perpindahan dan kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian, terutamanya kanak-kanak, belia, orang tua, dan orang kurang upaya.

Beliau terlibat sebagai salah satu penandatangan bersama beberapa organisasi-organisasi kemanusian dari lima benua di dunia untuk bekerjasama menyokong kearah dunia yang aman, adil, mampan dan makmur. Beliau dan kesemua penandatangan telah bersama-sama mengambil bahagian dalam seruan untuk rundingan penyelesaian dijalankan dengan segera dan pantas untuk menamatkan perang di Ukraine. Ini juga termasuk arahan pemberhentian serta-merta permusuhan yang mengancam orang awam di Ukraine, dan juga menyokong untuk penyingkiran pasukan tentera dan persenjataan Rusia dari Ukraine, bersama-sama dengan kenyataan yang dipersetujui dan mangalu-alukan penyediaan jaminan keselamatan orang awam di Ukraine oleh dan untuk semua pihak. Beliau menyokong seruan bersama anggota dari negara-negara lain untuk memperingati visi penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (United Nations) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Security Council) untuk menyampaikan dan mengelakkan sebarang jenis peperangan yang boleh menyebabkan penderitaan manusia, penjejasan alam semula jadi, dan untuk mencapai Agenda 2030, yang telah ditetapkan sebagai salah satu jalan utama ke arah dunia yang aman, adil, mampan dan makmur.[14]

Krisis kemanusiaan dan ekonomi yang tercetus melalui wabak telah mengancam kesejahteraan berbilion-bilion orang dan berisiko tinggi yang boleh menjejaskan usaha global untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan dan ianya juga bertindak balas dengan tahap kecemasan perubahan iklim yang semakin meningkat. Untuk memastikan bantuan pembangunan tidak dialihkan tetapi dikukuhkan dengan respon kemanusiaan terhadap krisis dan untuk memastikan bahawa bantuan kecemasan diagihkan sejajar dengan keutamaan negara yang membangun tanpa syarat-syarat yang terhad.[15]

Guruji Murugan menandatangani perjanjian persefahaman bersama-sama dengan organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) yang lain - agar kerajaan antarabangsa bertindak dangan cepat untuk melaksanakan isu-isu kemanusiaan dan alam sekitar yang dibentang ke dalam mesyuarat Menteri Kewangan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (United Nations) pada 8 September 2020, dengan mematuhi rangka kerja hak asasi manusia, memastikan kesaksamaan jantina dan menjaga integriti alam sekitar.[16]